Bongkar rahsia parti, Najib ‘serang’ Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa membongkar masalah dalaman UMNO mengundang kemarahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam hantaran di Facebooknya membidas sidang media Annuar hari ini.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak Bersatu.

“Janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” tempelak Najib sebagai reaksi kepada pendedahan yang dibuat Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa, UMNO adalah parti yang meletakkan suara akar umbi pada tempat paling utama.

“Kenapa pula UMNO nak bekerjasama dengan DAP jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP? Soal Najib.

Antara pendedahan kontroversi yang diberitahu Annuar ialah sokongan secara hitam putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN.

Selain itu, percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat