Hishammuddin Sedia Lepas Jawatan, Namun Minta MT UMNO Buat Keputusan Dengan Cermat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sekiranya diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, namun meminta badan tertinggi parti memikir sedalamnnya sebelum membuat keputusan.

Hishammuddin yang juga Bendahari Barisan Nasional meminta ahli MKT UMNO yang akan bermesyuarat pada malam ini memberi mesej jelas kepada ahli parti dan rakyat mengenai apa matlamat sebenar mereka.

“Saya mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam UMNO dan ramai bertanya apakah respon saya. Sekiranya parti memutuskan semua Menteri UMNO perlu letak jawatan, saya akan patuh dan letak jawatan” jelas Hishammuddin dalam para pertama kenyataan media beliau bertajuk “Apa Lagi UMNO Mahu?”

Hishammuddin bagaimanapun mengigatkan MKT UMNO agar keputusan yang dibuat harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan kehadapan parti.

“Pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi dan kesan jangka masa pendek. Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.”

Hishammudin turut meminta MKT mmepertimbangkan situasi jika memutuskan untuk keluar dari kerjasama politik sekarang.

“Jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa UMNO akan bekerjasama menjelang PRU15. Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR? Atau bersendirian?, tanya Hishammudin.

Beliau turut mengingatkan MKT agar mengambil iktibar dari Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“kita (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14 daripada 133 kerusi yang kita menangi pada PRU-13. Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi. Kita harus insaf dari pengalaman ini.”

Dalam kenyataan media tersebut Menteri Luar Negeri ini turut menafikan UMNO diketepikan dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin. Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.”

Hishammudin juga beranggapan kekal dalam kerajaan akan membolehkan UMNO memberi khidmat bakti yang lebih baik kepada rakyat.

“kita masih berperang dengan COVID-19. Kes harian masih tinggi. Negara juga sedang dilanda banjir. Ekonomi juga sedang dipulihkan. Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat. Parti UMNO sedang diberi peluang untuk buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kita prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat