Takiyuddin iktiraf Annuar ‘Wira Penyatuan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas disingkirkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) nampaknya Tan Sri Annuar Musa tidak bersendirian menghadapi situasi getir itu.

Beliau mendapat sokongan moral daripada bekas rakan sejawatnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu menobatkan Annuar sebagai ‘Wira Penyatuan’.

“Kata pujangga “hidup perlukan pengorbanan. Pengorbanan perlukan perjuangan.

“Perjuangan perlukan ketabahan.

“Terus berjuang dengan tabah wahai ‘Wira Penyatuan’, demi Tuhan Yang Menyaksikan,” ciap Setiausaha Agung PAS itu di Twitternya, semalam.

Kata Takiyuddin lagi, dalam apa jua aspek kehidupan, kenyataannya adalah “setiap orang memerlukan semua orang”.

“Tetapi kesatuan tanpa kebenaran tidak lebih baik daripada konspirasi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat