PM dakwa dana pilihan raya PN dari syarikat judi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Dalam sidang medianya petang ini, Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati wujud “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Sehubungan itu, beliau berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sebelum itu, Anwar menegur pentadbiran PN yang diketuai Parti Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat