Pelantikan Zahid dah ambil kira semua faktor- Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat selepas mengambil kira semua faktor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan lagi perkara itu, Anwar berkata, Zahid telah pun didakwa di mahkamah tetapi belum dijatuhkan hukuman.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak perlu menghormati proses berkenaan.

“Itu hak mereka untuk pertikaikan (pelantikan Ahmad Zahid) tetapi alasan yang mempertikai itu siapa dan alasan apa.

“Dia (Ahmad Zahid) ialah kebetulannya Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan dalam Kerajaan Perpaduan ini saya akan ambil kira semua faktor itu,” katanya dalam sidang medianya petang ini.

Justeru, Perdana Menteri itu berkata beliau secara konsisten menyuarakan isu rasuah sejak bertahun-tahun dan individu yang memperjuangkan perkara tersebut wajar bersih dari perbuatan berkenaan.

Oleh itu, tanpa menamakan mana-mana pihak, Anwar berkata seseorang yang menentang rasuah tidak wajar mengambil projek bernilai jutaan ringgit.

“Saya sanggup isytiharkan harta termasuk di dalam dan luar negeri dan saya turut meminta ketua Perikatan Nasional (Pengerusi Perikatan Nasional) mengisytiharkan (hartanya) di Malaysia dan Australia dan beberapa negara lain tapi tiada jawapan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pimpinan PN mempertikai pelantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan terpalit dengan kes pendakwaan di mahkamah.

Pada masa ini, Zahid dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.

September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat