132 peneroka Felda Selendang 2 dapat suratan hak milik tanah

- Advertisement -

ROMPIN – Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan suratan hak milik tanah kepada 132 peneroka Felda Selendang 2 membabitkan tanah kediaman dan juga pemilikan ladang kelapa sawit.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setelah sekian lama menanti kini tiba giliran 132 orang peneroka Felda Selendang 2 pula akan menerima suratan hak milik yang meliputi 132 lot tapak rumah dan 208 lot pertanian iaitu kelapa sawit.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga telah bersetuju untuk mengambil alih usaha membaik pulih 10 tapak projek Perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai daripada pihak Felda.

“Ini melibatkan usaha sama pemaju swasta dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) yang melibatkan 1,850 unit rumah, dengan harga RM120,000 seunit yang akan dijual kepada generasi baharu Felda yang kita jenamakan semula sebagai Skim Rumah Pahang.

“Kerajaan Negeri Pahang juga turut memberi tanah kepada warga Felda menerusi Skim Tanah Rakyat bagi membolehkan warga Felda membina rumah kediaman,” katanya di Felda Selendang 2 pada Isnin.

Wan Rosdy malah menasihatkan peneroka yang menerima geran tanah agar tidak menjual tanah dimiliki.

Beliau turut menyasarkan semua peneroka akan menerima suratan hak milik tanah dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Dalam perkembangan lain Wan Rosdy turut mengumumkan naik taraf Surau Selendang 2 yang membabitkan kos RM500,000.

“Selain itu, bagi kawasan Selendang ini, saya difahamkan penduduk di sini menghadapi kesukaran untuk menunaikan Solat Jumaat akibat surau yang terletak di kampung ini kecil serta tidak mampu menampung jumlah jemaah yang turut melibatkan penduduk dari Selendang 3, 4 dan 5.

“Dengan itu, sukacita saya umumkan bahawa sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi menaik taraf  surau di kampung ini di mana Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000, manakala bakinya iaitu RM300,000 lagi ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

“Saya berharap dengan peruntukan yang disediakan ini ia akan memberikan keselesaan kepada jemaah di kampung ini dan di kawasan sekitar untuk menunaikan ibadat,” kata Wan Rosdy. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat