Shahidan Saran PN Buat Pilihan Raya Negeri Sekarang, Yakin Sapu Bersih Kerusi DUN

- Advertisement -

KULIM – Momentum sokongan rakyat yang dilihat berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini menjadi waktu terbaik kepada gabungan itu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Malah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkembangan semasa itu ditambah dengan kemarahan rakyat terhadap pelantikan barisan menteri Kabinet baru-baru ini.

“Rakyat menunjukkan rasa marah kepada Kabinet dan marah kepada UMNO. Orang MIC, India pun banyak yang turut marah kerana tidak diberi pengiktirafan (tiada wakil MIC dalam Kabinet).

“Jadi saya percaya Kedah, Kelantan dan Terengganu ini masa terbaik diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas selesai pilihan raya di Padang Serai dan Tioman,” katanya selepas program Flash Mob PN di Lunas, di sini.

Shahidan menaruh keyakinan sekiranya PRN dapat diadakan segera khususnya di Kedah, PN mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi DUN sekali gus mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pernah berlaku di zaman Rasulullah selepas habis berlaku peperangan, Rasulullah tidak benarkan askar-askar balik ke rumah sebaliknya terus berperang dengan orang-orang Yahudi.

“Jadi selepas pilihan raya ini saya ingat askar-askar kami pun tak balik lagi, khemah-khemah perpaduan ummah kami ada di sini terus dengan PRN saya rasa di Kedah macam di Perlis PN akan sapu bersih,” katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menyindir dengan meminta Pakatan Harapan (PH) menukar lagu tema bertajuk ‘Aduh Malaysia’ selepas mereka bekerjasama dengan BN.

“Lagu ‘mereka semua penyamun’ itu saya ingat PH kena tukar lagu itu. Sebab lagu itu ditujukan kepada UMNO sekarang dan oleh kerana UMNO telah pun berkahwin dengan PH. Jadi lagu itu kena tukarlah.

“Macam (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob ada lagu Keluarga Malaysia. Saya ingat lagu-lagu daripada (filem) Keluarga 69 itu sesuai diambil untuk jadi panduan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan untuk membela rakyat sebaliknya hanya mengisi permintaan-permintaan tertentu.

“Pada pandangan saya, Kabinet ini ada dua perkara yang saya anggap terjadi kerana beberapa sebab, pertamanya kurang kepakaran (pemimpin). Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah jadi menteri. Padahal orang kalah ini sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi.

“(Selain itu) Kabinet ini adalah berasaskan permintaan. Bukan Kabinet untuk membela rakyat. Walau bagaimanapun mereka telah dilantik, kita reda,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat