Senimalaya jalin kerjasama strategik dengan pusat seni dari China

KUALA LUMPUR – PORTAL berita seni, Senimalaya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Autum Mosaic Art Centre yang berpangkalan di Xiamen, China bagi melaksanakan inisiatif pertukaran kreatif selama tiga tahun.

Kerjasama strategik membabitkan seni kontemporari antara Malaysia dan China ditandatangani pada 4 November (Selasa), menandakan satu langkah penting dalam pengembangan rangka seni dan budaya negara.

“MoU ini mungkin satu langkah yang kelihatan kecil di atas kertas, namun besar dalam makna untuk ekosistem seni kontemporari Malaysia,” kata Ketua Editorial Senimalaya, Irwan Muhammad Zain.

MoU ditandatangan ketika majlis perasmian pameran bertajuk “Art Beyond National Boundaries: ASEAN Tour of Young Contemporary Artists from China”.

Pameran ini membuka kerjasama strategik antara Senimalaya dan Autum Mosaic Art Centre.

Ketua Editorial Senimalaya, Irwan Muhammad Zain mewakili portal SeniMalaya, manakala Autum Mosaic Art Center diwakili oleh Pengurus Besarnya, Lee Yang.

MoU yang ditandatangani merangkumi tiga fokus utama. Pertama, program residensi seniman muda China–Malaysia yang dijadual bermula pada 2026, dengan pertukaran tahunan antara Xiamen dan Kuala Lumpur.

Kedua, pembentukan “platform seni belia Asia Tenggara” di Kuala Lumpur. Ketiga, peluang seniman Malaysia menembusi pasaran China, termasuk perlindungan hak cipta (IP) dan akses pasaran serta ruang untuk seniman dari China menembusi pasaran Malaysia.

Menurut Irwan, dari sudut seniman Malaysia, inisiatif ini menawarkan peluang baharu. MoU kedua yang turut ditandatangani oleh Senimalaya adalah memperluaskan ruang pasaran seni Malaysia ke China melalui platform atas talian dengan kaedah penstriman langsung, sebuah model yang semakin relevan dalam perniagaan seni global.

“Perjanjian hari ini akan membuka begitu banyak peluang untuk seniman Malaysia dan memberi mereka peluang untuk karya dipaparkan di luar negara.

“Usaha membuka pasaran China bukan sahaja soal jualan karya, tetapi soal jaringan, pertukaran budaya dan pengiktirafan antara negara,” katanya.

Sementara Ketua Kreatif Senimalaya, Rahim Sadri pula berkata kerjasama yang dijalinkan memberi peluang kepada seniman muda di kedua-dua negara meneroka pasaran baru.

“Ia adalah satu bentuk kerjasama yang memberi peluang kepada seniman di kedua-dua negara terutama seniman muda meneroka pasaran baru.

“Meneroka pasaran di luar Malaysia tentunya yang diharapkan oleh seniman negara ini,” katanya.

– Foto: Malay Mail.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang ketika berucap merasmikan pameran Art Beyond National Boundaries: ASEAN Tour of Young Contemporary Artists from China berkata pameran ini adalah refleksi bagaimana hubungan Malaysia–China telah berkembang, bukan hanya dalam perdagangan dan teknologi, tetapi kini merangkumi pertukaran budaya yang lebih mendalam.

“Seni kekal sebagai salah satu jambatan paling langsung dan penuh kesan mendalam dari segi emosi antara manusia.

“Kita harus sedar bahawa seni bukan sekadar bentuk soft diplomacy, tetapi ia boleh menjadi medan pertemuan strategi dan naratif bangsa,” katanya dalam program yang membariskan 40 seniman muda China dengan hampir 100 karya.

Pameran ini diadakan di galeri Ruang Teduh TRX akan berlangsung sehingga 25 November ini.

Ruang Teduh dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula 11 pagi hingga 7 malam.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat