Kemelut disiplin parti, BERSATU lantik bekas Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melantik bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, untuk mengetuai Lembaga Rayuan parti susulan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) malam ini.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam kenyataan media memaklumkan Lembaga Rayuan itu turut disertai Datuk Seri Zulkifli Noordin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Datuk Fahimee Ismail.

Menurut kenyataan itu, MPT memandang serius masalah dalaman parti dan bertekad meneruskan usaha mencari penyelesaian secara kolektif dengan semangat saling menghormati serta persefahaman yang baik, di samping mempertahankan Perlembagaan parti.

Dalam mesyuarat sama, MPT turut bersetuju BERSATU bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional akan meletakkan calon-calon berwibawa dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bagi membentuk kerajaan negeri.

Bersatu juga mendesak Kerajaan Madani menyemak semula Perjanjian Timbal Balas Perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat bagi memelihara kedaulatan negara dan kebebasan ekonomi pada masa depan.

Azmin menegaskan MPT komited meneruskan usaha pengukuhan dan pengembangan perjuangan parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah dan cemerlang. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat