Malaysia akan dapat manfaat hasil kerjasama rasmi dengan AS dalam teknologi nuklear -duta

KUALA LUMPUR – Duta Besar Edgard D Kagan yakin Malaysia akan raih manfaat signifikan daripada kerjasama rasmi dengan Washington dalam teknologi nuklear, seiring usaha Putrajaya meneroka peralihan strategik ke tenaga lestari.

Kagan menjelaskan pihak berkuasa Amerika Syarikat dilarang oleh undang-undang daripada mengeksport teknologi nuklear ke negara asing tanpa ‘Perjanjian 123’.

Menurut Seksyen 123 Akta Tenaga Atom AS, negara yang mengimport teknologi nuklear AS mesti secara bertulis komited pada usaha Washington membendung penyebaran senjata nuklear, bersekali dengan jaminan undang-undang, termasuk menggunakan nuklear hanya untuk tujuan aman.

Kagan berkata perjanjian itu tidak menyebabkan sesebuah negara hanya mendapatkan bahan nuklear daripada AS, sebaliknya memudahkan kerjasama lebih luas dengan pengeksport lain yang menjunjung piawaian dan komitmen sama.

Duta besar berkata negara seperti Malaysia akan mengehadkan diri pada ‘satu jenis teknologi’ tanpa perjanjian itu.

“Saya rasa amat jelas bahawa anda tidak mungkin mendapat harga yang terbaik apabila anda hanya boleh beli satu pilihan sahaja,” kata Kagan, dan menambah bahawa menjadikan kerjasama dengan Washington ini formal adalah ‘amat wajar’ bagi Putrajaya.

Kagan menjawab soalan mengenai kelebihan bagi Malaysia dan negara anggota Asean lain bekerjasama dengan AS dalam teknologi nuklear, memandangkan China dan Rusia turut menawarkan kerjasama.

Menurutnya, Perjanjian 123 memastikan Malaysia mempunyai pilihan dalam usaha memperoleh teknologi nuklear, lapor FMT.

Pada Julai, Malaysia dan AS menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama strategik nuklear sivil, langkah yang disifatkan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai ‘pencapaian penting’ dalam memajukan keselamatan tenaga dan pembangunan lestari.

Pada masa itu, Mohamad berkata Malaysia bersedia memulakan rundingan mengenai syarat-syarat Perjanjian 123.

Pada Ogos, Kagan beritahu Bernama bahawa usaha Malaysia mendapatkan perjanjian tersebut mencerminkan pengiktirafan pada kedudukan AS dalam kecanggihan teknologi nuklear.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat