Dr Mahathir hilang rasa hormat kepada orang Eropah, label hipokrit bukannya pelopor hak asasi manusia

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau sudah hilang rasa hormat kepada orang Eropah yang sebelum ini dianggap sebagai pelopor kepada hak asasi manusia.

Bekas Perdana Menteri itu malah melabel orang Eropah sebagai hipokrit kerana mereka menyokong perang genosid Israel terhadap Palestin.

“Saya pernah menganggap orang Eropah sebagai pelopor hak asasi manusia.

“Sekarang saya tahu mereka hipokrit. Saya telah hilang rasa hormat saya terhadap mereka,” kata negarawan itu dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Dr Mahathir berkata demikian selepas menonton saluran televisyen antarabangsa, Al Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar mengenai pembunuhan beramai-ramai oleh Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Beliau menggambarkan laporan-laporan itu sebagai mengerikan.

“Beribu-ribu rakyat Palestin telah terbunuh. Beribu-ribu lagi cedera. Beribu-ribu telah kehilangan kaki dan tangan mereka.

“Bandar dan pekan di Gaza telah dihancurkan. Malah kem pelarian khemah rapuh telah diroket dan dibom. Pelarian telah dibunuh, yang terselamat melarikan diri. Tetapi tidak ada tempat yang selamat untuk mereka.

“Saya tidak pernah melihat kekejaman seperti yang dilakukan dalam dunia kita yang dipanggil bertamadun. Ia membingungkan. Ia tidak mempunyai sebarang perikemanusiaan.

“Apa yang keterlaluan ialah saluran TV yang lain menunjukkan hampir tiada kejadian pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin Gaza. Seolah-olah ia tidak berlaku. Memandangkan Saluran TV Al Jazeera tidak ditonton oleh orang kulit putih Eropah dan Amerika, mereka mesti percaya bahawa tiada apa yang berlaku kepada penduduk Gaza.

“Mereka sebenarnya percaya bahawa serangan Israel adalah bertujuan untuk mencapai keselamatan bagi negara Israel. Dan mereka menyokong perang Israel terhadap Palestin,” dakwa Dr Mahathir lagi..

Pun begitu tegas beliau, pada asasnya mereka menyokong perang genosid Israel terhadap Palestin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat