Johor Jewels pertahan kejuaraan Liga Super Bola Jaring

- Advertisement -

PETALING JAYA – Johor Jewels berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super Bola Jaring (NSL) selepas skuad bimbingan, Tracey Robinson itu menewaskan KL Wildcats 47-43 dalam aksi final yang cukup sengit.

Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, KL Wildcats bermula garang dengan permainan tersusun selain ketajaman tonggak import, Nassanga Shadiah Ssegujja untuk mendahului suku pertama 13-10.

Bersambung suku kedua, Johor Jewels mula menemui sentuhan mereka apabila An Najwa Azizan mula melaksanakan tugasnya dengan bagi memastikan juara bertahan itu kembali memimpin permainan dengan 26-21.

Aksi sengit terus berlarutan pada suku ketiga perlawanan dengan KL Wildcats yang dibimbing Norizan Rajab terus mengejar bagi mengelak jurang jaringan yang besar dan memberikan tentangan kepada Johor Jewels.

Suku ketiga berakhir dengan Johor Jewels mendahului 38-30 dan bersambung suku keempat, KL Wildcats berusaha sehabis baik untuk mengejar kedudukan, permainan menarik kedua-dua pasukan juga menghiburkan penonton di stadium.

Biarpun berjaya merapatkan kedudukan, KL Wildcats terpaksa akur tewas 47-43 dan gagal menghalang Johor Jewels menjulang piala NSL buat kali kedua berturut-turut.

Tahun lalu KL Wildcats juga tumpas kepada skuad kendalian Robinson di final.

Dalam pada itu, tempat ketiga menjadi milik Perak Phoenix selepas berjaya menewaskan Putrajaya Dynamites 69-67.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat