Empat PPS dibuka tempatkan lebih 250 mangsa banjir kilat di Sepang

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan lebih 250 mangsa banjir kilat di daerah Sepang, setakat jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata empat PPS terbabit Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 104 mangsa banjir daripada 28 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Dato’ Ahmad Razali.

“Selain itu, seramai 102 mangsa banjir (24 keluarga) ditempatkan di PPS Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir, manakala di PPS Dewan Komuniti Taman Gemilang pula membabitkan 49 mangsa (15 keluarga).

“Maklumat bilangan mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Dengkil pula sedang dikemas kini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, orang ramai kongsikan maklumat dalam media sosial bahawa beberapa kawasan di Dengkil dinaiki air, termasuk Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai.

Selain itu, paras air Sungai Semenyih dan Sungai Langat juga dilaporkan semakin meningkat berikutan hujan lebat.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dalam laman media sosial, memaklumkan banjir kilat menenggelami Jalan Dengkil-Kampung Jenderam Hilir, Bangi, pagi tadi.

Jurucakapnya memaklumkan, pasukan menerima laporan pada jam 6.20 pagi berhubung kejadian lima rumah dinaiki air.

Katanya, anggota berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam banjir di rumah, sebelum memindahkannya bersama mangsa lain ke tempat selamat. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat