PRU-15: Wan Rosdy Bakal Dicabar Calon PN Dan PH

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga penyandang kerusi N.02 Jelai bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Abdul Rasid Ali, dan calon Pakatan Harapan (PH) Ismail Mohd Husin.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman ketika mengumumkan calon-calon yang bertanding berkata sebanyak tiga kertas pencalonan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penamaan Calon Bahagian Pilihan Raya P.078 Cameron Highlands yang berlangsung di Dewan Gemilang SMK Sultan Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (BN) menang dengan memperolehi undi sebanyak 5,858 undi dengan menewaskan calon (PAS) Abdul Karim yang mendapat undi sebanyak 2,351, Dr Abdul Rasid Ali (PKR) yang memperolehi undi sebanyak 1,298 dan calon (PSM) Mat Nor Ayat memperolehi undi sebanyak 229.

Wan Rosdy memperolehi majoriti sebanyak 3,507 undi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat