PRU-15: Ramli Bakal Dicabar Tiga Penjuru Di Cameron Highlands

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS: Penyandang kerusi Parlimen P.078 Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor bakal ditentang calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Abd Rashid Mohd Ali dan Pakatan Harapan (PH) Chiong Yoke Kong.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman ketika mengumumkan calon-calon yang bertanding berkata, sebanyak tiga kertas pencalonan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya lagi, waktu penerimaan kertas pencalonan calon tamat pada jam 10.00 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Dato’ Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN) telah memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands setelah memperolehi 10,037 undi dengan menewaskan calon (PAS) Cikgu Wan Mahadir memperolehi 3,587 undi, Manogaran (PKR) 9,710 undi, Suresh Kumar (PSM) memperolehi 680 undi dan Ustaz Tahir (BERJASA) sebanyak 81 undi.

Sivarraajh menang dengan memperolehi majoriti sebanyak 597 undi sahaja.

Terdahulu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Januari 2019, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November 2018 mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat