Nama Gugur, Jiwa Perjuangan BN Tak Luntur, Puji PM

- Advertisement -

BERA – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji sikap dan jiwa perjuangan rakan-rakan baiknya dalam parti masih setia memperjuangkan kemenangan Barisan Nasional (BN) meskipun nama digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengakui beliau sedih dan terkesan dengan pengguguran nama-nama pemimpin juga bekas barisan Kabinetnya namun akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

“Itulah BN, setiap kali pilihan raya akan ada nama yang digugurkan dan akan ada muka baru.

“Tak puas hati dan kecewa tak boleh dipersalahkan kepada sesiapa. Siapa yang digugurkan akan rasa kecewa tapi yang lebih penting kembali kepada BN.

“Saya pun yang bertanding tujuannya sama untuk pastikan BN menang. Bukan individu, yang penting parti… mereka bertanding kali ini adalah atas lambang parti.

“Di Bera yang bertanding bukan Ismail Sabri tapi BN. Jadi prinsip itu jika dipegang akhirnya kita pasti parti menang,” katanya mengulas sikap pimpinan BN yang kembali memberi sokongan kepada calon baru.

Ismail Sabri memberitahu beliau memahami dan empati dengan perasaan terluka rakan-rakannya yang digugurkan itu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan tergugur walaupun saya pun kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku, saya memahami rakan-rakan punya perasaan. Malah saya tak salahkan jika mereka emosi pada peringkat awal.

“Akhirnya semua kembali berjuang pasti bn menang dalam PRU15,” kata Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat