- Advertisement -
WASHINGTON: Seorang ahli perniagaan dari Republikan dan calon di Dakota Utara yang meninggal dunia akibat COVID-19 bulan lalu, menang pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu pada Rabu.
Difahamkan David Andahl, 55, meninggal dunia 5 Oktober lalu, tetapi namanya masih tertera pada kertas undi dan diumum memenangi satu daripada dua kerusi di negeri itu dengan memperoleh 35.53 peratus undi.
Rakannya juga dari Republikan, Dave Nehring turut menang dengan memperoleh 40.72 peratus berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Keluarga Andahl mengumumkan kematiannya menerusi Facebook pada 6 Oktober. – BERNAMA