15 Juta Mink Bakal Dimusnahkan Selepas Mutasi COVID-19 Dikesan

- Advertisement -

COPENHAGEN: Denmark akan memusnahkan 15 juta mink di seluruh negara bagi menghindari risiko mutasi COVID-19.

Perdana Menteri Mette Frederiksen memaklumkan pihak berkuasa telah mengenal pasti mutasi COVID-19 dalam mink yang menjangkiti manusia.

“Virus yang bermutasi di dalam mink dapat menimbulkan risiko dalam keberkesanan vaksin yang akan datang,” ujarnya dalam satu sidang media pada Rabu.

Penyebaran COVID-19 di ladang penternakan mink berlanjutan di Denmark yang merupakan pengeluar terbesar kulit haiwan itu di dunia.

Ia terus merebak meskipun pihak berkuasa berulang kali berusaha mematikan ternakan yang dijangkiti (COVID-19) sejak Jun lalu.

Pada Oktober, kira-kira 10,000 mink yang berada di ladang penternakan di kawasan Utah dan Wisconsin Amerika Syarikat mati akibat dijangkiti COVID-19 – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat