150,000 Penduduk Di Barat Daya P. Pinang Dikenakan PKPB Mulai Esok

- Advertisement -

GEORGETOWN – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12, Daerah Barat Daya di sini yang akan berkuat kuasa esok melibatkan anggaran seramai 150,000 penduduk.

Mereka merupakan penduduk yang tinggal di kawasan seluas 26.7 kilometer persegi meliputi kawasan Bayan Lepas; Bayan Baru; Queensbay; Zon Perindustrian Bayan Lepas (FTZ); Sungai Ara dan Batu Maung.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ekoran arahan PKPB sehingga 19 November itu, pergerakan keluar dan masuk merentas kawasan tersebut tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, tambah beliau, aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB boleh beroperasi berdasarkan pematuhan SOP ditetapkan dan hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja sah atau surat kebenaran majikan dibenarkan bekerja dan menjalankan tugas.

“Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan dalam sesebuah kenderaan bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas, perubatan serta lain-lain keperluan perlu.

“Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak adalah tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, menurut beliau, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres dan teksi serta e-hailing adalah dibenarkan beroperasi.

Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu dengan tidak melebihi 10 orang di kawasan sama serta terbuka juga dibenarkan.

“Institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu ditutup dalam tempoh ini.

“Kerajaan Pusat akan mengeluarkan perincian SOP penuh sebagai rujukan semua,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat