Jemaah luar negara kembali tunaikan ibadah umrah

- Advertisement -

MEKAH: Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan Umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat