Isu pelaksanaan semula PKP antara tumpuan Dewan Rakyat hari Khamis

Saring Pekerja Asing: Perkeso Saran Klinik, Hospital Kenakan Caj Perkhidmatan Minimum

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan...

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

KUALA LUMPUR, 4 Nov  — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengarahkan supaya beberapa aspek perundangan dikaji bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi di Sabah ditangguhkan terlebih dahulu, sehingga pandemik COVID-19 berakhir.

Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara berbuat demikian ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara(MKN), di mana antara lain prosedur operasi standard (SOP) PRK Batu Sapi dibentang hari ini.

“PRK ini dilihat agak sukar untuk dilaksanakan, ketika pandemik COVID-19 masih memuncak di negeri Sabah pada masa ini,” katanya di dalam catatannya di Facebook.

Muhyiddin berkata sidang MKN turut diberikan penerangan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam negara, di mana beliau menyifatkan ia masih lagi pada tahap membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Sehubungan itu, katanya beliau telah mengarahkan supaya MKN segera menilai semula sama ada aktiviti sosial masih boleh dibenarkan pada ketika ini, selain keperluan untuk memperketatkan lagi SOP pergerakan rentas daerah dan negeri.

“Saya dimaklumkan insya-Allah MKN akan membentangkan dapatan hasil perbincangan daripada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 berhubung penilaian semula SOP pada sidang MKN esok (5 Nov),” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata beliau turut bersetuju dengan saranan kerajaan negeri Sarawak supaya fasiliti yang menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 di negeri itu, dinaik taraf.

“Saya setuju dengan saranan ini kerana fasiliti sedia ada dijangka tidak mampu menampung sampel yang banyak dan kita mesti bersiap sedia dari segi tenaga kerja dan fasiliti untuk menghadapi kemungkinan peningkatan mendadak kes positif COVID-19.

“Alhamdulillah, kerajaan Sarawak telah pun mengadakan perbincangan lebih awal di pihak mereka dan akan membentangkan Pelan Persiapan COVID-19 bagi Negeri Sarawak pada Sidang Khas MKN esok,” katanya.

Perdana menteri turut memberi komitmen bahawa semua cadangan bagi menambah baik gerak kerja dan persiapan mengurus serta mengawal jangkitan COVID-19 dalam negara, akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

“Semua ini pada akhirnya adalah untuk melindungi rakyat Malaysia daripada jangkitan COVID-19 dan memastikan keupayaan mereka meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Saring Pekerja Asing: Perkeso Saran Klinik, Hospital Kenakan Caj Perkhidmatan Minimum

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan...

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...