Hanya 32 undian untuk Biden jadi Presiden AS

- Advertisement -

Amerika Syarikat – Michigan dan Georgia bakal jadi penentu kemenangan Joe Biden jika beliau mencatat jumlah undian melebihi Donald Trump di kedua-dua negeri tersebut.

Jika Biden dari Parti Demokrat memenangi kedua-dua negeri yang masing-masing mempunyai 16 undi elektoral, beliau bakal bergelar Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Sehingga kini, Biden memperoleh sebanyak 238 undian elektoral dan beliau hanya memerlukan 32 undian sahaja lagi.

Sementara itu Presiden Donald Trump berkata dia ‘pelik’ mengapa negeri utama yang ditadbir Parti Demokrat, tiba-tiba bertukar menjadi biru, meskipun sehari sebelum itu ramalan menunjukkan kemenangan besar Republikan, lapor agensi berita Sputnik pada Rabu.

“Malam tadi saya di depan, kebiasaannya begitu selesa, di banyak negeri utama, di hampir semua negeri yang ditadbir dan dikuasai Demokrat.

“Kemudian ajaibnya, satu demi satu ia hilang ketika peti undi baru dikira. Amat pelik dan ramalan meleset sepenuhnya dan silap teruk,” tulis Trump di Twitter.

Michigan menjadi negeri terbaru yang mencetuskan kejutan apabila kedudukan berubah memihak kepada calon Demokrat, Joe Biden, meskipun kiraan undi belum berakhir.

Menurut Fox News, Biden kini di depan dengan 49.4 peratus berbanding 49.1 peratus diraih Trump, dengan 95 peratus undi sudah dikira.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat