Pemuda Pakistan menunggang secara bahaya dihukum denda RM5,000

- Advertisement -

KLUANG – Seorang pemuda warga Pakistan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya pada April lalu.

Tertuduh Shah Fahad Khan, 22, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shah Fahad didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya yang boleh membahayakan orang awam di Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat sini, pada jam 11 malam, 3 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta penjara.

Peguam Shah Fahad, Navin Punj dalam rayuannya memohon kepada mahkamah supaya hukuman denda diringankan dengan alasan hanya beerja sebagai pemotong rumput dengan gaji RM1,500.

Navin berkata, ini kerana tertuduh menanggung keluarganya di negara asal termasuk ibunya yang sakit jantung selain tidak mempunyai pengetahuan kesan daripada perbuatannya itu dan pada masa sama sudah insaf.

Shah Fahad kemudian membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurfara Fazilun. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat