Pelaksanaan PBS, PBD secara berterusan dapat persiapkan murid – Dr Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan dapat mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya meskipun Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah dimansuhkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, PBD melibatkan pentaksiran formatif dan sumatif yang merupakan sebahagian daripada pembelajaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid dan untuk menilai pencapaian murid dalam sesuatu tempoh bidang pembelajaran.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa.

“Berikutan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melibatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“KPM yakin bahawa pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui PBS merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang bertanya pada Menteri Pendidikan tentang keberkesanan kaedah penilaian penguasaan dan pencapaian murid selepas PT3 dimansuhkan.

Selain itu, Radzi juga memberitahu, mulai tahun ini juga, ujian sesi akademik ditambah baik melalui penyediaan soalan yang setara standard oleh KP bagi murid tingkatan satu hingga tiga.

Soalan yang disediakan oleh guru yang pakar dalam pembinaan item dan ia disimpan dalam bank soalan yang dibangunkan oleh KPM, ujarnya.

“Pihak sekolah akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah seperti mana ujian akhir tahun sebelum ini. ‘

“Panduan penskoran juga akan disediakan untuk kemudahan guru. Penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik ini membolehkan KPM melihat standard pencapaian murid di seluruh negara.

“Ini akan membantu KPM merangka pendekatan yang bersesuaian sekiranya terdapat trend yang menunjukkan pencapaian bagi kohort atau kumpulan tertentu yang memerlukan intervensi khusus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat