Manifesto ‘Edit’ PH Tetap Janji Bulan Bintang – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dikatakan sekadar menyunting manifesto yang diguna pakai mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, namun inti patinya tetap sama iaitu bertemakan janji bulan dan bintang.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan tetap yakin PH tidak mampu tunaikan apa yang dijanjikan PH itu.

“Dua janji yang sinonim dengan manifesto PH semasa PRU14 muncul semula di persada politik. PTPTN dan tol. Free.

“Tapi kali ini ada edit sedikit. Hanya untuk B40. OK,” bidas beliau.

Shahril menyatakan, macam mana mereka “edit” pun, inti patinya tetap sama.

“… janji bulan dan bintang, tiada mekanisme bagaimana janji ini akan dibiaya.

“Tiada keyakinan mereka punyai iltizam untuk “deliver”. Adakah berita mutakhir ini “preview” “manifesto bukan janji” episod kedua? Mungkinkah rakyat akan tertipu sekali lagi buat kali kedua? soal beliau.

Menurut Shahril lagi, hutang tertunggak PTPTN RM43 bilion (data 2019). Bekas Pengerusi PTPTN kata 80 peratus peminjam PTPTN ialah dari kalangan B40 dan ini bermakna jumlahnya sekitar RM34.4 bilion.

“Setiap tahun tambahan pinjaman PTPTN sekitar RM3.6 bilion. Andaian sama, B40 80 peratus sama dengan RM2.9 bilion.

“Kutipan tol tahunan sekitar RM 5.5 bilion. Andaikata hanya 20 peratus pembayaran ialah dari kalangan B40 menyamai RM1.1 bilion.

“Bermakna untuk dua janji ini sahaja, kos sudah lebih RM38 bilion untuk tahun pertama sahaja. Baru dua janji. Belum lihat lagi janji lain,
GST mereka telah hapuskan,”ulas beliau.

Dalam pada itu, Shahril turut menyenaraikan beberapa kemungkinan lain iatu adakah PH akan kembalikan GST?; atau mungkin hendak tambah cukai pendapatan?

“Jumlah kutipan cukai pendapatan setahun Malaysia pun sekitar RM35 bilion. Adakah cukai pendapatan akan terpaksa double selepas ini? Atau akan tambah hutang kerajaan untuk belanja ke arah dua perkara ini?

“Atau akan jual aset untuk dapatkan “cash”? Atau seperti 2018 dan 2019 mereka hendak kurangkan subsidi dan bantuan kewangan lain kalau menang?

“Seperti mesej Menteri Kewangan PH dulu, “rakyat perlu berkorban” kata beliau.

Ini bukan soal sama ada tawaran atau janji itu elok atau tidak tetapi kata Shahril ini soal kebolehpercayaan janji PH itu sendiri.

“Baru menyentuh dua janji setakat ini. Janji mungkin baik dan cantik tapi kalau tak dilaksana, tiada guna hanya kecewa. Sepertimana janji PH gaji minimum RM1,500 akhirnya Kerajaan hari ini yang buat, bukan Kerajaan PH.

“Jika sebelum ini dalam Buku Harapan mereka janjikan penangguhan bayaran PTPTN buat peminjam yang bergaji di bawah RM4,000; sampai ke sudah mereka gagal tunaikan.

“PH juga janjikan akan mengambil langkah segera untuk memastikan kutipan tol dihapuskan secasa berperingkat; tetapi apa yang mereka cadangkan hanya mengambil alih sebahagian konsesi lebuhraya dengan kutipan tol dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi yang akhirnya juga gagal dilaksanakan oleh PH.

“Ayuh batalkan episod kedua itu. Pilih BN,” serunya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat