879 Sekolah Daif Di Seluruh Negara Akan Dinaik Taraf – Radzi Jidin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sejumlah 879 sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara akan dinaik taraf dan dibangunkan semula.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan projek pembangunan semula atau menaiktaraf bangunan sekolah daif dibuat berdasarkan analisis skor gred impak.

Menurutnya, menerusi analisis skor gred itu akan menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah.

“Skor itu pula mempunyai tujuh skala, yang mana skala 1 hingga 4 merujuk kepada keadaan bangunan masih berfungsi dan selamat digunakan, manakala skala 5 adalah bangunan yang dilaporkan pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan.

“Bagi skala 6 pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Sementara skala 7 merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya, ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen, hari ini.

Ujarnya lagi, keutamaan kementeriannya adalah kepada bangunan yang berada pada skala 6 dan skala 7 untuk dibaik pulih, dinaik taraf atau dibina bangunan gantian mengikut keperluan.

“Sepanjang RMK-11 dan RMK-12, RP 1 tahun 2021, sejumlah RM4.397 bilion telah diluluskan untuk menaik taraf dan membangunkan semula 879 sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara,” katanya.

Berhubung pelaksanaan projek naik taraf dan membangun semula sekolah daif di Sarawak, beliau menjelaskan, sebanyak 293 projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif dengan kos RM1.765 bilion telah diluluskan kepada kementeriannya dalam RMK-11 (2016-2020).

“Manakala dalam RMK-12, RP1 tahun 2021, sebanyak 59 projek dengan kos berjumlah RM402.71 juta telah diluluskan.

“Bagi Sabah, sebanyak 239 projek telah diluluskan dengan kos RM1.234 bilion dalam RMK-11, manakala dalam RMK-12 RP1 tahun 2021, KPM telah diluluskan sebanyak 30 projek dengan kos RM500.03 juta.

“Kos bagi menaiktaraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah berbeza bergantung kepada kompleksiti skop, ketersediaan tapak dan juga lokasi sesebuah sekolah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat