Wartawan NSTP bertugas di PRN Sabah positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan The New Straits Times Press (NSTP), Azrul Affandi Sobri disahkan positif Covid-19 sekembali daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dalam hantaran di Facebooknya, Azrul Affandi berkongsi catatan pengalaman hari pertamanya di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif wabak itu semalam.

“Serius aku masih macam tak percaya. Selama ini aku yang paling lantang berbicara mengenai Covid-19 dan hari ini aku menjadi mangsa tentera virus ini. Tapi aku redha kerana mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku.

“Wad isolasi ini bukan macam ward biasa. Ia lebih kepada satu bilik yang mengasingkan pesakit covid sebelum dipastikan sama ada perlu dipindahkan ke wad rawatan jika sangat memerlukan. Ramai dalam wad ni. Adalah lebih 50 orang. Muda-muda semuanya. Adalah sorang dua yang aku rasa berusia 50an. Mungkin warga emas diletak di wad lain.

“Ada juga adik beradik dalam wad yang sama. Budak tu mungkin dalam 10 tahun usianya. Mujur abangnya ada sekali. Dapatlah juga dia berteman. Abangnya selalu mengusiknya, mungkin nak hilangkan kebosanan mereka. Aku pun tak tau macamana nak habiskan 14 hari di sini kerana memang tiada apa yang boleh dibuat kecuali baring, ke tandas, surau dan baring semula,” tulisnya.

Azrul Affandi juga berharap penyakit yang dihadapinya tidak serius dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraannya dan juga pesakit yang lain.

“Pagi ini darah diambil. Petang ni x-ray pula. Semoga tak ada apa-apa masalah besar. Kalian doakan saya ya. Orang dalam wad ni pun baik-baik belaka,” katanya.

Dia dihantar membuat liputan PRN Sabah sebelum penamaan calon dan pulang pada 1 Oktober baru-baru ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat