PEKA saran pengusaha kilang buang racun, disebat dan dipenjara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengusaha kilang yang membuang racun ke dalam sungai wajar dikenakan hukuman sebat dan penjara, saran Presiden Pertubuhan Khazanah Alam (PEKA) Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil.

Beliau berkata, hukuman itu setimpal dengan sikap tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan orang ramai.

“Saya sarankan hukuman sebat dan penjara tauke-tauke kilang yang buang segala racun dalam sungai.

“Kerana perangai mereka yang tidak bertanggung jawab, semua susah,” catatnya di Facebook, hari ini.

Sharifah Sabrina berkata demikian merujuk kepada penutupan sekali lagi loji air gara-gara pencemaran bau di Sungai Semenyih semalam.

Dalam hantaran sama, beliau turut menegur pihak penguatkuasa supaya menggunakan peralatan yang lebih efektif mengesan pencemaran termasuk dron.

“Yang penguat kuasa ini semua buat apa? Pakailah dron, nak seribu daya,” kritiknya.

Beliau turut memuat naik gambar dari dron memaparkan air yang hitam mengalir ke Sungai Semenyih.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat