Semua Sekolah Dan IPT Di Sabah Tutup – KM Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Semua sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) termasuk taska, pusat jagaan dan taman asuhan diarah tutup oleh kerajaan negeri Sabah berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, penutupan dibuat selepas melihat angka bilangan kes positif Covid-19 di Sabah sudah mencecah tiga angka.

Menurut beliau lagi, penutupan ini juga melibatkan beberapa sektor seperti pasaraya kecuali premis perniagaan yang membekalkan perkhidmatan dan barangan perlu, tamu, pasar malam dan pasar tani, rumah-rumah ibadat, taman awam, rekreasi, Perpustakaan Awam, dan tidak dibenarkan “dine-in” di restoran, kedai makan dan gerai makan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah Covid-19 telah memutuskan untuk melaksanakan perkara tersebut jika diberi kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tetapi bagi premis perniagaan untuk perkhidmatan dan barangan dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut Hajiji lagi, kerajaan negeri menutup sekolah-sekolah termasuk taska, pusat jagaan dan tadika serta menghadkan kapasiti kenderaan persendirian kepada dua orang sahaja. Dan bagi kenderaan awam pula kepada 50 peratus kapisiti seperti bas henti-henti.

“Kerajaan negeri berharap MKN mempersetujui cadangan yang telah dibuat dan kita akan melaksanakan perancangan perlaksanaan tersebut berkuat kuasa 5 Oktober hingga 16 Oktober 2020,” jelas beliau. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat