Biar Sabah Tentukan Corak Pentadbiran Negeri – Pemuda BN Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain meminta ruang untuk mencorak pentadbiran kerajaan negeri mengikut acuan dan ramuan orang Sabah tanpa campur tangan pihak luar.

Katanya, inilah masanya untuk pemimpin Sabah menunaikan janji yang ditaburkan sewaktu kempen sehingga memberikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu.

Secara peribadi sebagai ‘kanak-kanak’ seperti yang dianggap oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Abdul Aziz berkata dia menghormati orang tua dan memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai gelaran itu.

Namun, katanya, selaku Ketua Pemuda BN Sabah beliau tegas mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

“Kini masanya untuk kita bekerja sebagai satu Sabahan yang bersatu. Kita memerlukan semua orang berganding bahu secara harmoni untuk bekerjasama membina semula negara dan negeri kita. Tugas kita adalah memperbaharui impian kita.

 

“Sebagai kesimpulannya, kita bergerak maju ke arah masa depan, ia milik kita sekarang. Maksudnya, negeri kita masa, depan kita -ikut ramuan kita,” jelasnya.

Sebelum ini, Annuar menerusi ciapan Twitternya semalam menggelar Ketua Pemuda BN Sabah, sebagai kanak-kanak.

 

Ini berikutan Abdul Aziz membidasnya dengan berkata Annuar melampaui batas apabila bercakap berhubung perkara yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.

Bukan urusan Annuar untuk membuat kenyataan berhubung kekurangan wakil orang Cina dalam Kabinet Sabah atau kemungkinan wakil PAS dilantik sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

 

“Beliau (Annuar) tidak patut bercakap mengenai perkara tersebut,kata Abdul Aziz lagi.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak dapat melantik menteri berketurunan Cina kerana semua calon Cina gabungan itu tewas dalam pilihan raya negeri minggu lepas.

(END)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat