Karya ‘peram’ nafas baharu

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

Kuala Lumpur - Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO. Menurutnya Muhyiddin kini sedang...

Apa Kesan Darurat Politik Kepada Negara?

CYBERJAYA - Secara asasnya Darurat Pentadbiran atau juga dikenali sebagai darurat politik bukanlah membabitkan pemerintahan tentera seperti mana yang difahami ramai apabila disebut darurat. Tujuan...

Taman Negara Beroperasi Semula Hari Ini

KUANTAN, 23 Okt -- Taman Negara Kuala Tahan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini, dibenarkan untuk kembali beroperasi hari ini, selepas ditutup kepada...

Gencatan Politik Zahid Buat Pakatan Tersepit?

SETELAH Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengadakan gencatan politik bagi membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani wabak Covid-19 di negara...

Pemuzik tak hanya berkarya untuk menghibur, tetapi juga punya ruang dan kesempatan untuk membawa generasi pendengar yang mengikuti karya mereka dengan konsep menghayati serta menghargai seni.

Walaupun rentak irama muzik berubah mengikut peredaran waktu, bagi figura muzik bernama Loque, budaya seni turun-temurun juga masih perlu ruang untuk diangkat.

Terbaharu, Loque yang cukup dikenali sebagai pemuzik tegar memperjuangkan budaya hadir dengan buah tangan terbaharu berjudul Selamatkan Legasi.

Tidak bersendirian, karya ini dinyanyikannya secara kolaborasi bersama dua bintang berbakat besar iaitu Kimal yang juga vokalis kumpulan Margasatwa dan NJWA.

“Lagu ini adalah karya yang sudah lama ‘diperam’ sejak 2012. Kini, ia sudah siap sedia disajikan buat pendengar dan diberikan nyawa baharu untuk lebih segar,” kata Loque.

Berbicara mengenai karya yang dimuatkan dalam album Projek Gamelan itu, Loque memilih Kimal kerana keupayaannya melantunkan nada tinggi dalam lagu.

“Lagu asal yang dirakamkan lapan tahun lalu menggunakan suara saya. Namun, bila diamati, ada bahagian tinggi yang lebih sesuai dilantunkan penyanyi lain dan kerana itulah saya pilih Kimal.

 

BUAH tangan terbaharu Loque Selamatkan Legasi berkolaborasi bersama vokalis Margasatwa dan NJWA.  FOTO: Mohamad Shahril Badri Saali
BUAH tangan terbaharu Loque Selamatkan Legasi berkolaborasi bersama vokalis Margasatwa dan NJWA. FOTO: Mohamad Shahril Badri Saali

 

“Manakala untuk bahagian gamelan pula, saya ‘lamar’ NJWA untuk berkolaborasi memandangkan kami sudah pernah bersatu dalam lagu Chinta sebelum ini,” katanya.

Bagi Kimal yang turut hadir di sesi fotografi baru-baru ini, kolaborasi disifatkan istimewa itu baginya umpama mimpi yang menjadi nyata.

“Saya sering mendengar karya seni Loque ketika masih di alam persekolahan dulu. Jadi, apabila diberi peluang untuk bekerja dengannya, sudah tentu saya terus terima.

“Walaupun lagu ini mungkin tak dapat mencipta populariti seperti mana lagu-lagu pop yang mengikut arus muzik perdana, ini adalah satu perjuangan besar kami.

“Kami berusaha memperjuangkan apa yang ada untuk diberikan kepada orang ramai dan pada masa sama membuka mata mereka untuk melihat budaya kita,” katanya.

Tentunya, lagu Selamatkan Legasi akan menjadi satu lagi karya kontemporari yang mengangkat muzik daripada khazanah budaya kita, namun diadun dengan melodi rock.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

OnePlus 8T Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

Berjaya menarik perhatian ramai beberapa tahun lalu dengan tagline Never Settle, jenama ini terus berkembang serta mengumpul lebih ramai peminat. Pada kali ini, jenama...

Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate

Peminat Minions, kami ada berita baik untuk anda. Jika anda nak tahu, Walls Paddle Pop baru-baru ini telah melancarkan perisa ais krim terbaru mereka iaitu...

FFJ2020 tunda tahun depan

FESTIVAL Filem Jepun 2020 (FFJ2020) yang dijadualkan berlangsung November ini ditunda ke Januari tahun depan dan akan dikenali sebagai JFF 2020 Plus One. Penganjur, Japan...