Pemuda UMNO saran bayaran one-off RM500 kepada pelajar IPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, saranan bantuan itu adalah bertujuan mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.

“Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

“ Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat