PKPB Di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula 7 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Menteri-menteri dan dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta cadangan dari kerajaan negeri Sabah yang diadakan pada hari ini.

“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga daerah tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Arahan itu terkecuali bagi perkhidmatan perlu (enssential service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu sahaja yang dibenarkan,” ujar beliau.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyenaraikan beberapa perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan terbabit.

Jelas beliau lagi, langkah PKPB ini dilaksanakan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19, serta membolehkan  (KKM) melakukan aktiviti pengesanan kes secara bersasar.

“Disamping itu, kemasukan ke Sabah tidak dibenarkan kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah,” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat