MUDA gesa Zahid didakwa semula atau buat keputusan keras kedudukan dalam kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengadakan kempen #DakwaZahid bagi menggesa pihak Pendakwa Raya untuk mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan segara.

MUDA dalam kenyataan pada Selasa, menyeru rakyat Malaysia yang menyokong kempen dakwa Zahid ini untuk bersama-sama
menolak perilaku rasuah supaya perkara begini tidak berlaku lagi.

“Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi maka MUDA tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan yang keras tentang
kedudukan MUDA dalam Kerajaan Perpaduan,” tegas MUDA.

MUDA berkata demikian merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Zahid telah dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan, 12 bagi pecah amanah, 8 kes berhubung dengan rasuah dan 27 pengubahan wang haram yang membabitkan
puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

MUDA jelas tidak bersetuju dengan keputusan pihak Pendakwa Raya mengenai keputusan Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan maka MUDA akan menggerakkan kempen dakwa Zahid di mana kempen ini disertakan dengan tiga tuntutan.

“Antaranya, MUDA menggesa Jabatan Peguam Negara untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai keputusan melepas tanpa dibebaskan Timbalan Perdana Menteri, bila mana mahkamah telah putuskan terdapat “Prima Facie”.

“Kami juga menuntut supaya mengasingkan kuasa Eksekutif Jabatan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya dengan segera, untuk memastikan tiada campur tangan eksekutif dalam mana-mana kes mahkamah.

“Seterusnya MUDA akan mengadakan kempen #DakwaZahid bagi menggesa pihak Pendakwa Raya untuk mendakwa semula Zahid dengan segara,” desak parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat