KJ dakwa DAP gadai prinsip kes Zahid, kerana selesa 95 peratus Cina undi parti itu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada lagi ‘sempadan merah’ buat DAP atau bahasa mudahnya tidak berprinsip berikutan reaksi parti itu terhadap langkah pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait Yayan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, semalam.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga bekas Menteri Kesihatan, berkata DAP kini menurunkan tahap parti itu ke paras lebih teruk daripada yang dilemparkan pemimpinnya kepada MCA sebelum ini.

“(DAP) adalah ‘anjing’ suruhan yang membenarkan penyalahgunaan kuasa.

“Parti itu tidak kisah mengenai perkara berkenaan (kerana) 95 peratus pengundi kaum Cina akan terus menyokong mereka,” katanya menerusi Instagram, pada Selasa.

Terdahulu, DAP dilaporkan menyuarakan gesaan supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata penjelasan itu penting mengambil kira pandangan pelbagai pihak terhadap keputusan itu.

Untuk rekod, kontrak Idrus sebagai peguam negara tamat hari ini dan bakal digantikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang pelantikannya bakal berkuat kuasa esok.

Semalam, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Permohonan menghentikan semua prosiding itu dibuat ketika peringkat bela diri dengan 15 saksi sudah memberi keterangan setakat ini.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat