Mahathir dakwa dokumen palsu disebarkan si pengecut

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa perkongsian dan penyebaran dua dokumen palsu mengenai arahan tekanan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Bara merupakan propaganda si pengecut.

Menurutnya, perbuatan itu merupakan propaganda tanpa nama dan tindakan ‘baling batu sembunyi tangan’ oleh mereka yang takut.

“Terdapat dua perkongsian di media sosial menuduh saya pertamanya, mengarah tekanan dilakukan ke atas seseorang untuk membuat kenyataan palsu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua, saya kononnya mengutus surat kepada Ehud Barak, PM Israel meminta bantuan kewangan untuk menghadapi pilihanraya.

“Kedua-dua dokumen itu palsu dan telah diguna sejak penghujung 1990an sebagai propaganda untuk mempertahankan seorang pemimpin yang telah salah guna kuasa dan mempunyai masalah moral.

“Kedua-dua dokumen itu kini dikitar semula dan dikongsi di media sosial oleh pemegang akaun tidak bernama. Seperti mana di tahun 1990an, propaganda tanpa nama dan strategi baling batu sembunyi tangan oleh mereka yang pengecut berterusan.

“Saya telah nyata sebelum ini jika betul semua itu saya lakukan, buat laporan secara terbuka, perlihatkan diri dan jangan bersembunyi dengan akaun-akaun media sosial palsu atau guna nama samaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mahathir turut mendakwa usaha propaganda itu bertujuan mengalihkan perhatian masyarakat dan mendedahkan agenda reformasi cuma slogan serta bukan pegangan.

“Ia cuma dokumen palsu yang dikeluarkan oleh ‘cybertroopers’ dan disambut oleh penyokong-penyokong taksub.

“Jika dokumen ini benar mengapa perlu sebar melalui media sosial dan mengguna akaun palsu? Lapor kepada pihak berkuasa jika ia tulen.

“Cukup-cukuplah dengan sikap berbohong dan mula berkata benar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat