Idrus dan Tommy Thomas perlu beri penjelasan bebaskan Zahid dan Guan Eng – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menggesa dua bekas Peguam Negara tampil memberikan penjelasan berhubung dua keputusan mahkamah membabitkan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, unntuk berlaku adil beliau menggesa bukan sahaja bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu memberikan penjelasan, tetapi Tan Sri Tommy Thomas selaku bekas Peguam Negara sebelum ini yang membebaskan kes Lim Guan Eng juga perlu memberikan penjelasan.

Malah katanya, Tommy Thomas juga perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dalam buku beliau yang beliau terlibat secara langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terhadap individu individu politik ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya juga menggesa sekali lagi untuk Tommy Thomas menyatakan sama ada benar atau tidak mengenai beberapa dokumen yang telah tersebar terhadap kes Datuk Seri Najib yang mana walaupun tidak mempunyai bukti untuk kes prima facie tetapi beliau tetap meneruskan pertuduhan.

“Pemuda Umno juga menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat dijalankan dengan segera untuk menyiasat apa yang terkandung di dalam buku “My story : Justice in the wilderness” tulisan Tommy Thomas yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri ketujuh,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tegas Dr Akmal, jika ada salah laku ataupun pertuduhan terpilih yang dibuat ketika itu,maka satu tindakan undang-undang perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada mana-mana pemimpin agar tidak sesuka hati mereka mempergunakan kuasa yang ada kepada mereka.

Pada 3 Sept 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Manakala pada 4 Sept 2023, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon supaya Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana ia tidak adil kepada anak guamnya berikutan tuduhan ke atasnya ‘tergantung’ tanpa ada kepastian.

Katanya, oleh kerana pendakwaan sudah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid, anak guamnya dengan itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat