Status Najib Sebagai MP Pekan Tamat Esok – Speaker Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan berakhir esok.

Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung status bekas perdana menteri itu hari ini.

“Saya akan keluarkan kenyataan hari ini,” katanya lapor MalaysiaGazette selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim yang dianjurkan Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Banquet, Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini, Azhar Azizan berkata, Najib akan kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen secara automatik selepas 14 hari jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Azhar Azizan berkata, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan bebas.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Setelah 13 hari menjalani hukuman penjara, semalam Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan.

Pegawai Khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke HKL pada tengah hari Ahad dan sedang menerima rawatan namun beliau tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat