Peperiksaan SPMU 2022, 12 Hingga 14 September Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September 2022.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan 1,441 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.

“LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya melalui kenyataan akhbar hari ini.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2022,” jelas kenyataan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat