Semalam masuk HKL, Najib hadir ke mahkamah bicara 1MDB dalam keadaan baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Walaupun diletakkan dalam pemerhatian selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini untuk mengikut perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Najib memakai sut warna gelap diiringi pegawai penjara memasuki bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Turut berada di mahkamah hari ini ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau dilihat berada dalam keadaan baik di dalam kandang tertuduh, lapor BH pada Isnin.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disahkan sabitan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu dengan tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Semalam, akhbar melaporkan, pegawai khasnya memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu berada dalam keadaan stabil selepas melalui semua pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

Namun punca beliau dimasukkan ke hospital masih menjadi tanda tanya kerana tidak didedahkan kepada umum.

Perbicaraan 1MDB hari ini mendengar keterangan bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan ketika itu, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa yang disoal balas oleh peguamnya.

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat