Pejuang Kanser Tahap 4 Dapat Perhatian Hishammuddin

- Advertisement -

SEMBRONG: Kecekalan dan ketabahan adik Tan Jing Ming yang diuji dengan penyakit kanser tahap 4 mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sembrong yang juga merangkap Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Melalui catatan Facebook Hishammuddin, beliau berkata semangat dan ketabahan adik Jing Ming yang bercita-cita menjadi guru tarian wajar dicontohi oleh semua pihak.

“Semangat dan kecekalan adik Tan Jing Ming atau lebih dikenali sebagai Angel wajar dijadikan contoh. Ketabahan meneruskan kehidupan walau diuji dengan kanser tahap 4 pada usia baru 24 tahun.

“Bercita-cita mendalami ilmu tarian dan mengimpikan menjadi seorang guru tarian suatu hari nanti.” ujar beliau.

Kata Hishammuddin lagi, atas tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Sembrong, beliau akan membantu adik Jing Ming melengkapkan kekurangan kelengkapan bagi dia meneruskan latihan tariannya.

“Tempohari Angel memberi tahu saya dia mempunyai kekurangan kelengkapan bagi meneruskan latihan tariannya. Selaku Ahli Parlimen Sembrong P153, saya akan membantu sebaik yang boleh tak kira bangsa dan perbezaan sekalipun, apa jua yang termampu.

“InsyaAllah. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu adik Angel ini berlatih tarian kegemarannya setiap hari.

“Kita doakan Angel diberi kesembuhan dan kekuatan agar mampu menggapai impiannya satu hari nanti.” ujar Hishammuddin. -SuaraTV

Pautan video: https://fb.watch/7QlFsVtl6B/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat