Bapa Abdul Latif Romly Cukur Kepala Selepas Anak Raih Pingat Emas

- Advertisement -

PADANG BESAR – Bapa kepada atlet lompat jauh atlet lompat jauh paralimpik sensasi negara, Abdul Latif Romly, 23, membayar nazar dengan membotakkan kepalanya selepas anaknya itu memperolehi pingat emas pada acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada Sabtu.

Romly Mat, 70, menyimpan hasrat tersebut seandainya ditakdirkan menjadi rezeki anak kesayangannya itu mengharumkan nama negara di kejohanan sukan antarabangsa itu.

Kata Romly, dia juga sudah tidak sabar menanti kepulangan Abdul Latif setelah lebih dua tahun tidak bertemu dan hanya melepaskan rindu menerusi panggilan video.

Warga emas itu juga dalam masa sama memahami anaknya kini menjadi kesayangan seluruh rakyat Malaysia selepas kejayaan merangkul emas dalam temasya ulung dunia itu.

“Bila dia (Abdul Latif) menang (memang) nak botak kepala, itu sahaja (yang terfikir)… sehari dia sebelum (kejohanan) itu ada juga rasa dia nak dapat emas tu,” kata Romly.

Sementara itu, ibu atlet itu, Salmah Yatim, 64, pula sudah menjangka anak istimewanya itu akan membawa pulang emas sekali gus mengharumkan nama negara kerana semangat juang Abdul Latif yang tinggi sejak kecil.

Semalam, Salmah bersama suami menyaksikan kejayaan anak bongsu daripada tujuh beradik itu menerusi televisyen bersama ahli keluarga yang lain

Bahkan, sepanjang dua jam acara berlangsung, Salmah tidak putus-putus mendoakan kejayaan buat anaknya itu.

Salmah turut memaklumkan mereka sekeluarga bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah bagi meraikan kejayaan Abdul Latif.

Dalam masa sama, Salmah mendedahkan, anaknya itu ada menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan wanita pilihannya.
“Calon sudah ada, itu girlfriend (teman wanita) sejak dari sekolah lagi,” kata Salmah lagi.

Abdul Latif memulakan lompatan dengan jarak 7.28 meter (m) sebelum meningkat kepada 7.45 m pada lompatan kedua yang menjadi jarak lompatan tertingginya sehingga dinobatkan juara.

Lompatannya bagaimanapun merosot sedikit pada lompatan ketiga yang merekodkan 7.24 m sebelum lompatan keempatnya dibatalkan.

Sementara lompatan kelimanya pula sekadar mencatatkan 5.64 m kerana dia mengalami kecederaan sehingga tidak dapat meneruskan lompatan terakhirnya.

Namun itu tidak mengubah kedudukannya sebagai juara bagi anak kelahiran Paya Kelubi, Bukit Keteri, Perlis itu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,561FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat