Siti Sarah buat sidang media khas, Isnin ini untuk jawab isu

- Advertisement -

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin akan tampil membuat sidang media khas pada Isnin ini bagi menjawab kontroversi yang mengaitkan dia didakwa menghina masyarakat Orang Asli.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Indigital Sdn Bhd, Nana Mohamad Rom, selaku pengurusan Siti Sarah pihaknya memilih untuk mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab isu yang timbul.

“Sejak isu Siti Sarah didakwa hina masyarakat Orang Asli tular di media sosial, banyak pihak terutama media cuba menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Jadi, bagi memudahkan urusan kami dan semua pihak yang mahu penjelasan sebenar daripada Siti Sarah itu, Indigital memikirkan satu langkah paling sistematik dan adil.

“Kami memutuskan akan mengadakan sidang media khas bagi Siti Sarah membuat penjelasan itu yang dijangka Isnin ini. Tetapi, masa dan lokasinya akan diberitahu kemudian.

“Sekarang, kami masih lagi mencari lokasi yang sesuai untuk memudahkan wakil media hadir bagi membuat liputan sidang media itu,” katanya.

Menurut Nana, pihaknya di Indigital memandang serius perkara ini dan mahu bersama-sama Siti Sarah menyelesaikannya secepat mungkin.

Katanya lagi, dengan mengadakan sidang media berkenaan Siti Sarah boleh memberi penjelasan pada setiap soalan media sekali gus dan tidak perlu menjawab satu persatu yang dilihat merumitkan.

Terdahulu, Siti Sarah menjadi mangsa kecaman warganet di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dia menghina masyarakat Orang Asli.

Video itu menjadi tumpuan warga maya selepas ia dimuat naik oleh seorang individu menerusi akaun Uncle Barry @fuzirbarry dalam satu hantaran di Twitter.

Menerusi video yang tular itu, Siti Sarah didapati membuat promosi shampoo. Malah, katanya produk itu bagus untuk mengurangkan bau busuk pada rambut.

“Walaupun pakai tudung, kena guna produk ini sebab kalau buka rambut tak bau tengit.

“Jadi, walau bertudung kena datang tempat ini, sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli,” katanya.

Sehubungan itu, berdasarkan kenyataan berkenaan sebahagian netizen panas hati dan bertindak mengecam Siti Sarah kerana didakwa sudah menghina.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat