Nampak simple ikan masin goreng ini…bila dah rasa 2 pinggan nasi pun tak cukup!

- Advertisement -

Menu ikan masin dan bilis selalunya menjadi hidangan sampingan pemecah selera bagi penggemar masakan kampung.

Ikan masin goreng ini ada pelbagai cara gorengannya, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang lebih suka digoreng dengan dipotong kecil-kecil terlebih dahulu, ada yang suka digoreng dengan dengan bawang dan cili api serta kemudiannya diperahkan limau nipis… ermmm macam-macam gaya menggoreng mengikut taste masing-masing.

Nampak simple ikan masin goreng ini…bila dah rasa 2 pinggan nasi pun tak cukup!

Orait, jom kita tengok cara goreng SinarPlus yang mudah ini dan semestinya akan terasa lebih nikmat kesedapannya!

Ia boleh disajikan hanya bersama nasi panas namun jika dijadikan lauk sampingan bersama aneka jenis sup, menjawablah dengan mesin penimbang nanti!

Bahan-bahan:

  • Minyak untuk menggoreng
  • Ikan masin (tenggiri) – dipotong kecil
  • Bawang – dihiris
  • Cili api – dihiris
  • Tomato – dipotong dadu
  • Limau nipis/ kasturi
  • Cuka

Cara-caranya:

1. Goreng ikan masin seperti biasa.

2. Satukan bahan yang dihiris bersama sedikit cuka (ikut kesukaan) dan ikan yang masin yang digoreng.

3. Perahkan juga limau nipis/kasturi

Siap dihidangkan. Selamat mencuba.

Sinar harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat