Umno pastikan DAP bersederhana, sebab itu hati orang Melayu tak tergores seperti era PH 2018 – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno dalam Kerajaan Perpaduan sentiasa memainkan peranan memastikan DAP mengamalkan kesederhanaan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, atas sebab itu jugalah, tidak ada banyak perkara yang menggores hati orang Melayu dibangkitkan berbanding zaman Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

“Apabila kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita memastikan parti seperti DAP mengamalkan kesederhanaan. Atas sebab itu jugalah, tidak ada banyak perkara yang mengguris hati orang Melayu dibangkitkan berbanding zaman PH pada tahun 2018.

“Dalam apa jua keadaan, meskipun berada dalam Kerajaan Perpaduan dan ada DAP di dalamnya, Umno kekal dengan perjuangannya membela kedudukan Melayu dan Islam.

“Hari ini, bila Umno bersama PH, tidak ada perkara yang boleh menyebabkan orang Melayu marah dan jauh hati. Kalau ada pun, permainan sentimen,” katanya di Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu, di Negeri Sembilan pada Ahad.

Kata Menteri Pertahanan itu lagi, malah baru-baru ini, Kabinet memutuskan untuk setiap Kementerian mengembalikan unit Bumiputera bagi memastikan kedudukan bumiputera dan orang Melayu.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli Umno, gunakan ruang yang ada ini untuk merawat parti dan berilah keyakinan kepada kepimpinan dan parti.

“Insya-Allah, di peringkat kepimpinan, kami akan melakukan sebaik mungkin untuk mengembalikan kekuatan kepada parti dan sama-sama doakan agar Umno dapat segera bangkit,” ikrar Khaled.

Sementara itu beliau turut menyentuh beberapa perkara lain, antaranya mengakui keadaan Umno sekarang dan menerima realiti sokongan terhadap parti Melayu itu semakin merosot.

“Kita perlu membina kematangan untuk bangkit dan memperbaiki kedudukan parti. Kekalahan tersebut perlu dijadikan motivasi dan lonjakan untuk kita memulih dan memperkasa parti.

“Selain itu, kita perlu secara kolektif membetulkan semula matlamat untuk parti dan membina semula keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Kita mesti menggembleng tenaga pada setiap masa untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan orang Melayu, melalui khidmat bakti dan pencerahan yang kita tawarkan,” ujar beliau.

Perkara lain yang dijelas Khaled adalah soal keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan.

“Melalui sedikit kuasa yang ada, ia sedikit sebanyak membantu dalam menyumbang kepada usaha-usaha kita menjaya dan memulihkan parti.

“Tanpa kuasa, sekuat mana sekalipun kita bersuara tentang apa jua perkara, sukar untuk kita memperbaiki keadaan masyarakat dalam lingkungan kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat