Puad Zarkashi merepek, tak layak cakap mengenai Bersatu – Marzuki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menyelar Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sebagai seorang yang bangkrap idea kerana mendakwa penubuhan parti Bersatu hasil idea bekas Pengerusi DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Kata Marzuki, Puad Zarkashi bukanlah orang yang layak untuk bercakap mengenai idea penubuhan BERSATU.

“Puad Zarkashi bukanlah orang yang layak untuk bercakap mengenai idea penubuhan BERSATU. Dari mana dia dapat idea yang BERSATU adalah cetusan idea Lim Kit Siang? Saya pun tak tahu.

”Yang pasti Puad dah bankrap idea melihat BERSATU dan PAS menerusi Perikatan Nasional telah mengatasi UMNO dalam meraih sokongan orang Melayu. Kenapa? Sebab orang Melayu termasuk orang UMNO sendiri tak suka UMNO bekerjasama dengan DAP. Ada perwakilan UMNO dalam persidangan bahagian mereka pun terang2 bercakap tak suka kepada DAP.

”Jadi Puad cipta ‘idea’ yang merepek ini untuk mengaburi mata ahli2 UMNO. Kononnya BERSATU lebih buruk daripada UMNO. Come on lah Dato’ Puad. Don’t be a low class politician. Awak berpendidikan tinggi.” kata Marzuki menerusi catatan Facebooknya, pada Ahad.

Kata Marzuki lagi,  BERSATU dah melepasi fasa kerjasama dengan DAP dan tahu baik buruknya.

Jelasnya, kerjasama dengan DAP lebih banyak buruk daripada baik.

Sebab itulah BERSATU buat keputusan untuk keluar PH pada tahun 2020. Maka terpelantinglah DAP daripada kerajaan persekutuan, ujarnya.

”UMNO lah yang kutip balik DAP masuk dalam kerajaan selepas PRU 15 dan menjadikan DAP “raja” dalam kerajaan manakala UMNO pula menjadi “kuli” saja. Ikut saja apa kehendak DAP.

”Sekarang perjuangan UMNO telah dirosakkan oleh DAP. Orang2 UMNO pun sedar akan hakikat ini. Persoalannya, adakah UMNO akan meninggalkan DAP untuk menyelamatkan perjuangannya sepertimana yang telah dilakukan oleh BERSATU dan PAS pada suatu masa dahulu?

”Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh Puad sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dalam UMNO. Bukannya melemparkan tuduhan yang tak masuk akal terhadap BERSATU demi menutup kelemahan sendiri,” katanya lagi.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat