Lawatan Dan Sumbangan RM30, 000 Kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia

- Advertisement -

KAJANG (4 OGOS 2023) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, hari ini mengambil satu lagi inisiatif penting dalam usaha memastikan nasib golongan memerlukan, terutama asnaf dan anak yatim, mendapat perhatian dan bantuan yang terbaik.

Beliau ketika melakukan lawatan ke Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 untuk keperluan mereka, di sini, pada hari ini.

Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia adalah di bawah naungan inisiatif Prihatin Madani, merupakan bahagian dari visi membangun Malaysia Madani, yang memberi fokus untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam dan rakyat Malaysia.

Rumah anak yatim ini juga menjadi sebahagian dari inisiatif Al-Falah, yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan insan.

Mohd Na’im ketika ditemui turut mengumumkan bahawa hingga Ogos 2023, melalui Yayasan Taqwa, telah berjaya mengenal pasti golongan sasaran dan menghimpunkan sumbangan sebanyak RM540,836.00. Jumlah anak yatim yang telah menerima bantuan pula adalah sebanyak 3,496 orang dalam tempoh yang sama.

Beliau menekankan bahawa usaha membantu dan meringankan beban golongan asnaf dan anak-anak yatim akan dilaksanakan secara berterusan melalui sesi lawatan, santuni, serta mendengar masalah dan keluhan golongan ini.

Dalam kesempatan tersebut, Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar juga mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada NGO, aktivis, dan masyarakat yang banyak membantu golongan yang memerlukan dan memberikan jalan keluar kepada mereka secara berterusan.

“Sokongan dan bantuan sebegini memainkan peranan penting sebagai bantuan yang bermakna bagi mereka yang tiada tempat bergantung dan berada dalam kesempitan hidup,” katanya.

Dengan inisiatif Prihatin Madani dan usaha berterusan, diharapkan kebajikan dan kesejahteraan golongan memerlukan, terutama anak yatim dan asnaf, dapat diberikan perhatian yang seimbang dan memberi manfaat besar kepada masyarakat serta negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat