Hilang Kepercayaan Terhadap Shafie, Ahli Warisan Di Perak Isytihar Keluar Parti

- Advertisement -

IPOH – Kira-kira 600 ahli Parti Warisan (Warisan) daripada lapan bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli Warisan Bahagian Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Murad Abdullah yang sebelum ini penyelaras Warisan Bahagian Beruas berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati parti berkenaan bukan sahaja tiada hala tuju jelas malah dilihat tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Malah katanya, tindakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melantik ‘orang luar’ sebagai pengerusi Warisan negeri telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

“Tindakan presiden itu menunjukkan seolah-olah ahli-ahli Warisan di Perak tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut sedangkan pengerusi sedia ada pun tidak mempunyai asas politik yang kukuh untuk menyakinkan kami yang dia layak menggalas tanggungjawab itu.

“Kami sama sekali tidak menolak orang luar dari Perak untuk dilantik ke jawatan itu, namun biarlah mereka merupakan tokoh daripada kepimpinan pusat atau lain-lain jawatan utama dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Murad, pihaknya berhasrat bertemu dengan presiden parti untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut bulan lalu, namun permohonan itu tidak dipedulikan.

Berikutan itu katanya, satu pesanan telah dihantar kepada Mohd. Shafie bagi memaklumkan yang lapan bahagian Warisan di Perak akan meninggalkan parti.

“Kami merasakan perjuangan Warisan telah tersasar dan tidak sesuai lagi dengan pemikiran kami apabila Mohd. Shafie sendiri mengeluarkan kenyataan yang Warisan akan bergabung dengan mana-mana parti yang menang pada PRU-15 bagi membentuk kerajaan.

“Jadi, kami merasakan parti tersebut sudah tidak lagi mempunyai hala tuju yang jelas dalam perjuangannya sama ada bersama kerajaan sedia ada atau pun pembangkang.-Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat