Beli aset komondo ikut keperluan, rujuk Sultan Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan perolehan aset komando mesti dibuat mengikut kehendak dan keperluan Gerup Gerak Khas (GGK), bukannya ditentukan pihak lain.

Baginda yang juga Kolonel Komandan GGK turut mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak sesuka hati membuat perolehan aset untuk GGK tanpa merujuk baginda.

Titah baginda, peralatan ketenteraan amat penting untuk pasukan GGK menggalas tugas diberikan selain daripada kekuatan anggota.

“Jangan bazirkan duit kerajaan dengan menerima sahaja peralatan dijual oleh ejen pembekal sedangkan peralatan itu tidak sesuai dengan gerak kerja komando.

“Suka juga saya ingatkan kepada pihak kementerian, apabila membuat sesuatu perolehan aset, jangan lupa sediakan peruntukan untuk penyelenggaraan aset berkenaan.

“Tidak guna membeli barang kalau tidak mampu dijaga. Cubalah bandingkan bot dibeli oleh komando sendiri dengan bot yang saya belikan, yang mana masih dalam keadaan baik dan yang mana sudah rosak tersadai di stor simpanan?” titah baginda lapor BH di Mersing pada Jumaat.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, GGK, Kem Iskandar.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim bertitah baginda pernah membuat teguran mengenai perkara berkenaan, namun ia masih berlaku sehingga ke hari ini.

“Ingat pesanan saya, saya berdiri di sini sebagai Kolonel Komandan Gerak Khas yang memikul amanah bukan sebagai patung untuk menghiasi upacara majlis sahaja,” titah baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat