Pertemuan PM dan Hamzah berlangsung semalam

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah berlangsung semalam.

Menurut sumber, pertemuan antara Ismail Sabri dan Hamzah diawalkan pada jam 1 petang, bukannya bukannya dibatal seperti dakwaan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful sebelum ini memberitahu FMT bahawa Perdana Menteri telah membatalkan pertemuannya dengan Perikatan Nasional yang sepatutnya berlangsung jam 2.30 petang semalam.

Menurut sumber pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Bendahari Perikatan Nasional, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terengganu).

Bagaimanapun Pejabat Perdana Menteri dan pejabat Menteri Dalam Negeri belum memberi sebarang pengesahan kepada SuaraTV mengenai pertemuan tersebut.

Setakat ini tiada mana-mana pihak mahu mendedahkan butiran perbincangan. Bagaimanapun difahamkan ia berkaitan dengan tuntutan Perikatan Nasional untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan ada persetujuan sebelum pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat